PENERBANGAN MH370
- Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 8 Mac 2014 jam 12.35 am (Waktu Malaysia)
- Penerbangan tanpa henti yang melibatkan jarak penerbangan 3,700 kilometer dan mengambil masa 6 jam.
- Sepatutnya mendarat di Beijing Capital International Airport pada jam 6.30 am (Waktu Malaysia)
- Membawa jumlah penumpang seramai 239 orang (227 penumpang dan 12 krew)
- Penumpang terdiri dari rakyat 14 buah negara
- Kesemua 12 krew penerbangan ialah warga Malaysia
- Kapten pesawat tersebut, Zaharie Ahmad Shah, berusia 53 tahun dan memiliki pengalaman penerbangan selama 33 tahun (18,365 jam penerbangan)
- First Officer pula ialah Fariq Abd Hamid berusia 27 tahun dan memiliki 2,763 jam pengalaman penerbangan.
- Namun begitu, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan bahawa mereka terputus perhubungan dengan pesawat terbabit pada jam 2.40 am (Waktu Malaysia)
- Ketika itu, pesawat tersebut dipercayai berada di kawasan Laut China Selatan berhampiran ruang udara Vietnam pada ketinggian 35,000 kaki.
- Lokasi spesifik pesawat tersebut hilang dari radar ialah 065515 North (Longitud) dan 1033443 East (Latitud)
- Tiada laporan berkenaan sebarang masalah dari krew penerbangan sebelum kejadian.
- Menurut Naib Pengerusi Bahagian Operasi MAS, Fuad Sharuji, ketika pesawat tersebut hilang dari radar, bekalan bahan api masih cukup untuk penerbangan selama 7.5 jam.
- Cuaca ketika kejadian juga dilaporkan baik