Designed by Veethemes.com

FAKTA RINGKAS INSIDEN PESAWAT MALAYSIA AIRLINES BOEING 777-2H6 ER MH370

Sebuah pesawat Boeing 777-2H7 ER 9M-MRO milik Malaysia Airlines telah hilang begitu saja semasa dalam penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Beijing Capital International Airport. Berikut beberapa fakta ringkas mengenai insiden yang berlaku tersebut.

PENERBANGAN MH370
















  • Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 8 Mac 2014 jam 12.35 am (Waktu Malaysia)
  • Penerbangan tanpa henti yang melibatkan jarak penerbangan 3,700 kilometer dan mengambil masa 6 jam.
  • Sepatutnya mendarat di Beijing Capital International Airport pada jam 6.30 am (Waktu Malaysia)





















  • Membawa jumlah penumpang seramai 239 orang (227 penumpang dan 12 krew)
  • Penumpang terdiri dari rakyat 14 buah negara 
  • Kesemua 12 krew penerbangan ialah warga Malaysia
  • Kapten pesawat tersebut, Zaharie Ahmad Shah, berusia 53 tahun dan memiliki pengalaman penerbangan selama 33 tahun (18,365 jam penerbangan) 



















  • First Officer pula ialah Fariq Abd Hamid berusia 27 tahun dan memiliki 2,763 jam pengalaman penerbangan.
























  • Namun begitu, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan bahawa mereka terputus perhubungan dengan pesawat terbabit pada jam 2.40 am (Waktu Malaysia)
  • Ketika itu, pesawat tersebut dipercayai berada di kawasan Laut China Selatan berhampiran ruang udara Vietnam pada ketinggian 35,000 kaki.
  • Lokasi spesifik pesawat tersebut hilang dari radar ialah 065515 North (Longitud) dan 1033443 East (Latitud)
  • Tiada laporan berkenaan sebarang masalah dari krew penerbangan sebelum kejadian.
  • Menurut Naib Pengerusi Bahagian Operasi MAS, Fuad Sharuji, ketika pesawat tersebut hilang dari radar, bekalan bahan api masih cukup untuk penerbangan selama 7.5 jam.
  • Cuaca ketika kejadian juga dilaporkan baik

1 comment: