Designed by Veethemes.com

KRIS AQUINO MELAWAT GARAJ KERETA SULTAN JOHOR


Kesultanan Johor sememangnya terkenal dengan koleksi kenderaan milik mereka yang mewah dan unik. Video berikut adalah sedutan dari rancangan bual bicara Filipina, KrisTV, yang memaparkan pengacaranya, Kris Aquino membuat liputan mengenai koleksi kenderaan DYMM Sultan Johor di garaj paling kecil dari tiga garaj milik Baginda di Johor.



Garaj tersebut dilengkapi penghawa dingin bagi melindungi kereta dari habuk.




































Baginda mempunyai pasukan mekanik khas untuk menyelenggara semua kenderaan dalam koleksi baginda.




Motosikal Harley Davidson yang dikhaskan untuk acara Kembara Mahkota Johor

























Polis Pengiring Baginda juga menggunakan motosikal jenis Harley Davidson. Terdapat 30 unit motosikal jenis ini yang diberikan oleh Baginda kepada Unit Polis Pengiring Sultan Johor.





























Mercedes Benz 600 Pullman yang amat ekslusif dan terhad. Baginda memiliki 8 unit model ini.

























Bentley Mulsanne yang dibuat khas mengikut spesifikasi Keluarga Diraja Johor





Mercedes 540 keluaran tahun 1936 milik Hitler. Moyang Baginda merupakan rakan Hitler dan kereta ini diberi oleh Hitler semasa German terlibat dalam Perang Dunia

























Untuk makluman, pengacara tersebut, Kris Aquino, merupakan adik kepada Presiden Filipina, Benigno Simeon "Noynoy" Aquino III. Keluarga Aquino adalah kenalan Sultan Johor terutama ketika mereka berada di Boston, Amerika Syarikat. Ketika itu, DYMM Sultan Johor menjalani latihan ketenteraan di Fort Benning, Georgia sekitar tahun 80an.


























Kredit to Kris TV

0 Maklumbalas:

Post a Comment